SHAH ALAM: Peserta Big Stage 2023, Firdaus Rahmat menerima hakikat bahawa perjalanannya di pentas program itu terhenti setakat pusingan separuh akhir.
Meskipun sudah melakukan yang terbaik dan memperoleh markah yang tinggi daripada juri, Firdaus berkata pada akhirnya ia berbalik kepada rezeki.
Tewas dengan undian peminat, Firdaus yang juga komposer muzik, memaklumkan bahawa dia mendoakan yang terbaik buat rakan seperjuangannya, Putera Muhammad yang berjaya lolos ke babak akhir.
“Rezeki berpihak kepada Putera, kita doakan yang terbaik, saya doakan dia yang terbaik.
“Saya nak dia dapat apa yang dia nak selama ini. Dia lebih layak dan walaupun saya tersingkir saya yakin rezeki itu Allah dah tetapkan. Mungkin ada yang lebih baik buat saya selepas ini,” kata Firdaus kepada media semasa sidang media konsert separuh akhir Big Stage pada Ahad.
Pada masa sama, Firdaus turut berkongsi bahawa dengan penyertaannya di Big Stage musim kelima ini ia sedikit sebanyak memberi peluang kepada peminat mahupun penonton program itu untuk mengenalinya bukan setakat sebagai seorang penyanyi, malah sebagai komposer dan penulis lirik juga.
"Sebelum ini mungkin orang hanya tahu nama Firdaus Rahmat tapi tak mengenali siapakah orangnya.
"Alhamdulillah, bila saya diberi peluang untuk menyertai Big Stage ini, saya perasan lebih yang sudah mula mengenali nama Firdaus Rahmat bukan sahaja sebagai seorang penyanyi malah sebagai komposer dan penulis lirik juga," tambahnya.
Firdaus juga menyatakan bahawa dia akan hadir dengan buah tangan baharu dalam masa terdekat
Selain Firdaus, peserta yang turut meninggalkan program hiburan tersebut adalah peserta duo, Dem Lepak Boyz.
Asyraf Roslan
Mon Jul 03 2023
Firdaus harus menerima hakikat bahawa langkahnya dalam program Big Stage edisi kelima terhenti setakat minggu separuh akhir. Foto: Astro/Azrul Rafie
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal
Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi internet.
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Pekan Ulu Tiram perlukan 'peremajaan', tukar imej 'pekan koboi'
Program peremajaan itu perlu bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi, pelancongan dan keselamatan di kawasan terbabit.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Big Stage 2023: 'Putera lebih layak' - Firdaus Rahmat terima hakikat tersingkir di separuh akhir
Sudah melakukan yang terbaik dan memperoleh markah yang tinggi daripada juri, Firdaus berkata pada akhirnya ia berbalik kepada rezeki.
Big Stage 2023: Harapan Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat ke minggu akhir musnah
Peserta Big Stage 2023, Dem Lepakz Boyz dan Firdaus Rahmat harus menerima kenyataan langkah mereka terhenti hanya di minggu separuh akhir.
Big Stage 2023: Minggu tanpa penyingkiran bukan untuk selamatkan COEX
Harap-harap semua peserta akan buat yang terbaik minggu depan
Big Stage 2023: Tiada penyingkiran, Hoondoo juarai minggu kelima
Tiga peserta Big Stage 2023, Farhan Shah, Coex dan Firdaus Rahmat mampu menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran berlaku untuk minggu kelima.
Big Stage 2023: Akui kurang kekuatan vokal, Meer Nash janji lipat ganda usaha
Akui sudah melakukan sehabis baik, namun akhirnya perjalanan peserta Big Stage 2023, Meer Nash terhenti setakat minggu keempat.
Big Stage 2023: Akui hilang fokus, Firdaus Rahmat sebenarnya nak...?
Menurut Firdaus, dia sebenarnya hilang fokus semasa menyanyikan lagu Diari Seorang lelaki kerana mahu pergi ke tandas untuk melepaskan "hajat kecil".